Kurus dengan Cara Diet Intermittent Fasting

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊. Terima Kasih ya! sudi singgah blog kak tipah hari ini. Moga kalian dipermudahkan segala urusan hari ini. Ameen Ya Mujib. 


Oh ya! Hari nie kak tipah nak kongsi tentang Diet. Memandangkan sekarang ramai orang berpusu- pusu nak kurus, nak sihat, nak jaga badan kannn! Termasuklah diri kak tipah nie ha.πŸ˜„ Nak jugak cantik, sihat, dan dapat berat yang diidam idamkan. 
Meh nak story mory sikit pasal diet yang kak tipah pilih kali ,iaitu diet INTERMITTENT FASTING.


Apa itu intermittent fasting?

Kak tipah pasti kalian semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Haaa! Itu nama pendek dia.  

Intermittent Fasting  ini adalah sejenis kaedah diet yang kita sendiri susun pemakanan mengikut jadual, yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa.

Jika diet lain lebih fokuskan berkenaan apa yang kita makan. Cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila kita makan.


Published from Blogger Prime Android App


Melalui Intermittent Fasting ini, kita hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih cepat. 


Kalau korang nak tahu, sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan kita untuk melakukannya.

Published from Blogger Prime Android App



Antara jenis-jenis intermittent fasting ialah:


Cara diet intermittent fasting 1: Overnight fasting

Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Kaedah ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.



Cara diet intermittent fasting 2: Time-restricted fasting

Kaedah ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.

Bagi kaedah ini, anda tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.



Cara diet intermittent fasting 3: Whole day fasting

Ini bermaksud anda berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.

Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya.



Cara diet intermittent fasting 4: Alternate day fasting

Kaedah ini membenarkan kita untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini kita boleh makan, manakala pada hari esok kita berpuasa.

Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari kita perlu berpuasa, kita hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.



Cara diet intermittent fasting 5: Skipping meals fasting

Kaedah ini bermaksud bahawa kita berpuasa melangkau waktu makan anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini kita mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka kita akan skip beberapa waktu makan tersebut.

Ini menjadikan kekerapan kita untuk makan dalam sehari semakin berkurangan.



Cara diet intermittent fasting 6: Choose-your-day fasting

Kaedah ini membolehkan kita berpuasa pada hari dan waktu yang kita mahukan. Kita juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini.

Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak kita  bagaimana kita ingin berpuasa.



Cara diet Intermittent Fasting ke-7: 5:2 fasting

Kaedah ini memerlukan kita untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan kita adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu.

Pada hari kita berpuasa, kita hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.


Published from Blogger Prime Android App  


Kesimpulan
Sekarang kita sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, kita masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.

Kita juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang kita pilih jika mahukan keberkesanannya.


Alhamdulillah, kak tipah dah buat diet Intermittent Fasting ini. Turun 13kg. Alhamdulillah. Nak tahu tak kak tipah guna kaedah yang mana?☺️


InsyaAllah next entry kak tipah share ye! Yang tak sabar boleh whatsapp kak tipah jeww. πŸ‘‰Nak tahu kak tipah berjaya guna Intermittent Fasting cara mana.


Oh ya boleh tengok jugak kawan kak tipah buat diet intermittent Fasting nie, lawat bloger dia, dia kongsi jugak.  πŸ‘‰Berjaya diet dengan Intermittent Fasting


Jom sihat kurus dengan cara Intermittent Fasting.     


Jom dapatkan Suplemen shaklee di whatsapp kak tipah

πŸ‘‰ http://wasap.my/+60169607699/NakShaklee


Atau boleh shopping sendiri di siniπŸ‘‰https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1172182


Salam Ramadhan. 

MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMDHAN YANG LEPAS. 
Ameen Ya Mujib. 


#ShakleeKL
#ShakleeReadyStock
#ShakleeCodKL
#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023
 #shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni Shaklee Saya Pertama Kali Cuba Suplemen.

Ikhtiar Hamil dengan Coqtrol Plus .

Vitamin Untuk Wanita