Raya 2023 dengan Shaklee
KUALA LUMPUR: Berita kematian dua kanak-kanak masing-masing berumur 11 tahun dan setahun tujuh bulan di Bachok dan Kota Bahru, Kelantan, Selasa lalu, yang dikaitkan dengan strok haba, mengejutkan ramai pihak. Ia dipercayai ada kaitan dengan cuaca panas berpanjangan yang dialami negara, terutama negeri di Utara Semenanjung sehingga Ogos ini susulan peralihan Monsun Timur Laut. Di beberapa negeri seperti Kedah, MetMalaysia mengeluarkan amaran bahawa gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 37 darjah celcius. Selanjutnya Strok Haba Bahaya . Salam 7 syawal. Masih raya ke tuu 😊. Jaga kesihatan semua ya, Suhu dan cuaca sekarang amat membimbangkan. Sampai ada kes kematian asbab strok Haba. Bukan seorang, tapi dua yang meninggal. Risau kann, kita mak mak nie pun rasa bahang panas tu apatah lagi anak anak. Kita rasa haus cari air, minum. Kalau anak, serokon main mana nak cari air. Nak nak lagi bila musim raya nie. Seronok main dengan sepupu sepapat . Lupa ...