Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊. Terima Kasih ya! sudi singgah blog kak tipah hari ini. Moga kalian dipermudahkan segala urusan hari ini. Ameen Ya Mujib. Oh ya! Hari nie kak tipah nak kongsi tentang Diet. Memandangkan sekarang ramai orang berpusu- pusu nak kurus, nak sihat, nak jaga badan kannn! Termasuklah diri kak tipah nie ha.😄 Nak jugak cantik, sihat, dan dapat berat yang diidam idamkan. Meh nak story mory sikit pasal diet yang kak tipah pilih kali ,iaitu diet INTERMITTENT FASTING. Apa itu intermittent fasting? Kak tipah pasti kalian semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Haaa! Itu nama pendek dia. Intermittent Fasting ini adalah sejenis kaedah diet yang kita sendiri susun pemakanan mengikut jadual, yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa. Jika diet lain lebih fokuskan berkenaan apa yang kita makan. Cara diet int...
Comments
Post a Comment