Doa Yang Bagus Untuk Wanita di Awal Pagi
Assalamualaikum buat pembaca blog kak tipah. Moga sihat2 semua dan sentiasa syukur dengan nikmat isa dan iman. Syukur Alhamdulillah.
Dunia sekarang makin tenat, rasa diri kadang kadang loser atau kata lain, rasa macam nak folow the flow. Apa yang berlaku ikut sahaja lah takdir Allah bagi.
Bukam apa, dengan semua benda mahal, harga naik, sebagai suri rumah macam Kak Tipah. Kadang mengelu jugak, rasa nak kejar cari duit . Topup perbeanjaan harian keluarga.
Dengan stress urus rumah yang non stop, jaga anak , dan yang paling buat kepala nie serabut adalah sistem pendidikan kita di Malaysia sekarang nie. Apa yang nak dikejar, entahlah.
Mak mak pun dah kena pandai mengajar di rumah. Anak 5tahun cikgu dah suruh ajar membaca dirumaj, anak tahun 5 dah diajar cara kira hutang, riba dan sebagainya.
Fuhhhh penay rasa kan jadi mak mak nie. Emosi wanita tu mudah terganggu dengan aktiviti harian. Disini Kak Tipah nak kongsi Doa yang bagus untuk wanita. Boleh diamalan diawap pagi. Mohon Allah Ya Bari Yang Maha Pengatir ,mengatur yang baik baik belaka buay kita. InsyaAllah.
Pertama sekali, sebel atau sesudah subu, marilah kita sama- sama amalan membaca surah Yasin.
Berikut merupakan kelebihan Surah Yasin iaitu:
#1. Diberi Pengampunan
Kelebihan yang paling ketara ketika anda membaca Surah Yasin adalah Allah akan memberi keampunan kepada dosa-dosa yang dilakukan sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, Allah akan mengampuninya.”
(Ibnu Hibban, Darimi 3283/A, Abu Yala, Tabarani, Baihaqi & Mardawaih)
#2. Setiap Keperluan Dunia Akan Dipenuhi
Kelebihan Surah Yasin seterusnya adalah, Allah akan memenuhi keperluan duniawi anda. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa yang membaca Surah Yasin pada permulaan hari, maka akan dipenuhi segala keperluannya pada hari itu.”
#3. Memberi Syafaat Selepas Kematian
Malah, apabila kita meninggal kelak, surah ini akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu:
Dari sahabat Abu Umamah Al-Bahili r.a., aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bacalah oleh kamu Al-Quran. Kerana ia (Al-Quran) akan datang pada hari kiamat kelak sebagai pemberi syafaat bagi orang yang tekun membacanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
#4. Kelebihan Surah Yasin Akan Dijauhi Dari Azab Kubur
“Barangsiapa yang menziarahi kubur seseorang dan membaca Surah Yasin, pada hari itu Allah SWT meringankan siksa kubur mereka dan memberi kebaikan kepada sejumlah penduduk kubur yang ada di tanah perkuburan.”
(Tafsir Nur ats-tsagalain 4/373)
#5. Segala Kesusahan Diringankan Bebannya
Diriwayatkan juga dari sebahagian ulama bahawa dengan membaca Surah Yasin ia dapat meringankan segala kesusahan yang anda alami, sepertimana yang telah disebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsirnya.
#6. Dianggap Sebagai Mati Syahid
“Barang siapa yang membiasakan membaca Yasin setiap malam maka tanpa terduga dia menemui ajalnya, maka matinya dalam keadaan syahid.”
(Hadis Riwayat At- thobroni, dari pernyataan Anas bin malik)
#7. Ganjaran Pahala Seperti Membaca Al-Qur’an Sebanyak 10 kali
Dari Anas diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati, dan hatinya Al-Quran adalah Surah Yasin, barangsiapa membaca Surah Yasin, maka Allah akan mencatat baginya (pahala) seperti membaca seluruh Al-Quran sepuluh kali atas bacaannya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi No. 2812)
#8. Kelebihan Surah Yasin Bantu Buat Hati Menjadi Lebih Tenang
Antara kelebihan membaca Surah Yasin pada setiap hari adalah ia akan membawa ketenangan di hati dan jiwa anda.
9. Jadikan Perkahwinan Lebih Kukuh
Setiap rumah tangga ada pasang surutnya, jadi dengan mengamalkan bacaan Yasin ini segala masalah yang melanda dapat diatasi dengan mudah dan tidak berpanjangan.
#10. Fadilat Surah Yassin Peroleh Bahagia Dunia dan Akhirat
Antara fadilat surah yassin juga adalah anda akan peroleh kebahagian di dunia dan juga akhirat.
Yahya bin Abi Kathir berkata bahawa membaca Surah Yasin ketika bangun tidur akan kekal bahagia hingga ke hari kiamat dan orang yang membacanya di malam hari akan kekal bahagia hingga ke pagi.
#11. Fadhilat Surah Yasin iaitu Mendapat Kemudahan dan Kelapangan Waktu
Malah, fadhilat Surah Yasin seterusnya adalah anda akan diberi kemudahan dan kelapangan waktu.
Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa jika seseorang membaca Surah Yasin ketika dia bangun di pagi hari akan diberi kemudahan siang hingga malam. Dan barangsiapa yang membaca Surah Yasin pada awal malam, akan mendapat malam yang lapang hingga pagi.
Banyak sangat Manfaat Surah Yassin nie buat kita, terutamanya buat Wanita. Boleh menjadi satu Doa Yang Bagus untuk Wanita amaln di awal pagi.
Kak Tipah amalan sejak zaman sekolah menengah. Selepas dapat petua dari seorang ustazah. Dari program motivasi sekolah. Ustazah pesan, kita nie lemah, tak kuat. Allah yang akan mudahkan urusan kita. Jadikan Surah Yasin Doa kita. Mulakan diawal waktu pagi.
Alhamdulillah,memang lain hari yang dimulakan dengan surah Yasin dan tanpa membaca Surah Yasin . Sangat lain. Kak Tipah sangat sarankan semua geng mak mak atau wanita amalkan. Surah Yasin Doa yang Bagus untuk Wanita. ♥️
Jom amalan Doa Untuk Wanita. ♥️
Comments
Post a Comment