Menu Sahur Sihat Kekal Bertenaga
Alhamdulillah, dah 10 hari kita berpuasa. Bagaimana puasa anda sekalian😊, moga semua okey okey ya! Jom kali ini kak tipah nak kongsi Menu Sahur sempena bulan ramadhan bulan yang mulia ini. Puasa kali nie kak tipah berpuasa sambil menyusukan anak yang berumur 11bulan. Doakan dipermudahkan semuanya ya. Amalan bersahur merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW di bulan Ramadhan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya.” Kebaikan bersahur ialah bersahur memberi kita kekuatan dan tenaga sepanjang seharian berpuasa. KELEBIHAN BERSAHUR ☺️👍 MENGAPA PERLU BERSAHUR? Sahur ialah makan pada waktu awal pagi sebelum terbitnya fajar (masuk waktu subuh) dengan niat untuk berpuasa pada siang harinya. Amalan bersahur ini juga merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu diamalkan terutama sekali bagi orang yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara sebab-sebab mengapa kita harus bersahur ialah: 1. Bersahur ialah sunnah Nabi SAW. 2...