Menu Sahur Sihat Kekal Bertenaga
Alhamdulillah, dah 10 hari kita berpuasa. Bagaimana puasa anda sekalian😊, moga semua okey okey ya!
Jom kali ini kak tipah nak kongsi Menu Sahur sempena bulan ramadhan bulan yang mulia ini. Puasa kali nie kak tipah berpuasa sambil menyusukan anak yang berumur 11bulan. Doakan dipermudahkan semuanya ya.
Amalan bersahur merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW di bulan Ramadhan.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya.”
Kebaikan bersahur ialah bersahur memberi kita kekuatan dan tenaga sepanjang seharian berpuasa.
KELEBIHAN BERSAHUR ☺️👍
MENGAPA PERLU BERSAHUR?
Sahur ialah makan pada waktu awal pagi sebelum terbitnya fajar (masuk waktu subuh) dengan niat untuk berpuasa pada siang harinya. Amalan bersahur ini juga merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu diamalkan terutama sekali bagi orang yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara sebab-sebab mengapa kita harus bersahur ialah:
1. Bersahur ialah sunnah Nabi SAW.
2. Beroleh keberkatan dalam bersahur.
3. Membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang yahudi dan nasrani.
4. Memberi kekuatan dan tenaga untuk berpuasa.
5. Menambahkan pahala berpuasa dengan amalan sunat.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain: “Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban)
Terdapat banyak lagi hadith yang menceritakan tentang kelebihan bersahur. Apa yang penting di sini ialah sejauh mana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan ini dengan melakukan amalan-amalan sunat di dalam berpuasa sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Tip Sahur Cara Rasulullah
1. Jangan tinggal waktu sahur
2. Sahur di akhir waktu, atau menjelang waktu subuh ,perut lebih kenyang berbanding sahur di tengah malam.
3. Jangan makan dan minum secara berlebihan.
4. Makan 3 biji kurma. Makanan kegemaran Rasullulah. Makanan terbaik waktu sahur.
5. Jangan tidur selepas sahur.
MasyaAllah, Banyak kebaikan dan pahala bila kita bersahur. Bila kita faham makna sebuah sahur ini, kita pasti tak akan tinggalkan sahur. Kak tipah tahu ramai orang malas nak bangun sahur sebab fikir bak masak apa, nak makan apa kan, jom kak tipah kongsi Menu sahur. Mudah ringkas dan cepat disediakan.
InsyaAllah Menu Sahur ini sesuai untuk semua lapisan umur, tak kira kanak- kanak, dewasa, warga emas, ibu hamil, ibu menyusu atau yang ada masalah kesihatan. Sesuai semua golongan ya.
Oh ya, sebelum tu, cuba tanya diri sendiri, Kenapa pilih Menu Sahur , untuk apa, sebab apa , ciri- ciri bagaimana Menu Sahur yang baik?
Pertama sekali, menjadi keutamaan kita pilih Menu Sahur yang Sihat dan menyihatkan. Faham kan apa yang kak tipah nak sampaikan, sihat dan menyihatkan. Halal dan baik.
Sebagai contoh nasi menu sihat, tapi ambil dalam kuantiti yang banyak jadi tak menyihatkan badan, malam bagi keburukan pulak terlebih karbo. Manakala makanan halal dan baik. Sebagai contoh air mannis tu halal tapi tak baik untuk anda yang ada masalah berat badan. Haaa .macam tu. Jelas kan
Pemakanan yang SEIMBANG dengan sayuran dan buah2an berwarna warni dan kepelbagaian jenis protein.
Dan pemilihan menu yang sihat dan seimbang ni sangatt penting untuk bekalkan energy pd badan waktu berpuasa keesokkan hari nya, barulah kekal bertenaga sepanjang hari.
Di bulan puasa, sahur bagaikan sarapan kita.
Sarapan sebenarnya adalah satu hidangan yang paling penting untuk kesihatan kita dan untuk kita turunkan berat.
Kesan kalau kita sarapan dengan karbohidrat yang terlalu tinggi macam nasi goreng, mee goreng, dan lain- lain ;
1. Kita akan untuk rasa lebih lapar pada waktu tengahari.
2. Kita cenderung untuk terlebih makan
3. Selalu rasa craving
4. Cepat penat dan mengantuk
5. Risiko tinggi diabetes
Itu antara kesan tersalah pilih Menu Sahur , Jadi penting untuk kita pilih sahur/sarapan yang betul untuk pastikan kita mudah turunkan berat dan dapat bertahan sepanjang berpuasa.
Ciri ciri sahur/sarapan yang baik;
1. Tinggi protein
2. Cukup fiber
3. Kurang minyak
4. Low glycemic index
Menu sahur sihat kekal cergas bertenaga
1. Air Nabeez Kurma
Setiap hari makan 7 biji kurma,
Biji jangan buang,
Rendam dalam air,
Minima 6jam/semalaman,
Lepastue minum,
Sangat bagus utk pulihkan tenaga,
Khasiat dia juga sama mcm kita mkn kurma.
Atau
Boleh juga guna 3/5/7biji kurma,
Termasuk isi dan biji,
Rendam semalaman & minum,
Khasiat dia sama mcm kita kunyah kurma tue.
Ini minuman kegemaran Nabi kita.💛
Rendaman kurma ini dipanggil Air Nabeez atau bahasa moden infused water.
Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat.
Ia adalah minuman berakali,
Membantu membuang asid dari perut,
Melancarkan sistem pencernaan badan,
Menyingkirkan toksin dari badan.
Dalam erti kata lain as a DETOX!
Air Detox nie dari zaman Nabi dah buat tau sebenarnya... hehe
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Kurma paling bagus Kurma Nabi(Kurma Ajwa),
Tapi kalau tak ada kurma lain-lain pun boleh.
2. Kita orang melayu dah terbiasa bersahur dengan nasi kan! Tak salah tapi kita amalkan suku suku separuh. Macam tu. Nasi sikit lebihkan protein macam ayam ikan, dan sayur.
3. Ambil Suplemen atau Meal Repalcemnet tinggi protein dan cukup nutrisi.
Alhamdulillah hampir 9tahun kak tipah berpuasa dengan Set Berpuasa Shaklee dan sahur pun dengan Protein shake shaklee. Alhamdulillah sangat membantu kak tipah sebagai ibu menyusu, suri rumah yang sibuk dengan kerja rumah, pergi dan ambil anak sekolah. Izin Allah semua puasa penuh setiap tahun bertenaga, susu meriah dan pekat juga.
InsyaAllah, kita diberi pilihan sahur yang mudah, berkhasiat, cukup zat nutrisi, kekal bertenaga, kenapa nak susahkan diri masak kan, disebabkan nak fikir menu sahur jadi malas masak ,akibatnya tak bangun sahur. Sayangnya, pahala sahur dan keberkatan sahur kita tak dapat. Dan sahur , bantu ibadah puasa kita berjalan dengan baik, bertenaga ,tak lemau tak lesu jew kan.
Jom pilih Menu Sahur yang sihat cergas kekal bertenaga.
Comments
Post a Comment