11 Panduan Open House Di Rumah

'Yang jemput jangan paksa, yang tak jadi datang tolong maklum,' baca lebih lanjut π Mufti Ulas Scammer Open House
Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog kak tipah , masih belum terlambat kan untuk ucap.π
Isu OPEN HOUSE akan kita dengar berulang kali bila tiba waktu Hari Raya setiap tahun. Benda yang sama.
Tak kira dari pihak tetamu atau pun dari tuan rumah.
Apa yang penting, kita dah cuba sebaik mungkin untuk jaga adab dan sebagai tuan rumah,dah sediakan yang habis baik.
InsyaAllah, entri kali nie kak tipah nak berkongsi pengalaman kak Tipah kali ke 2 buat OPEN HOUSE di Kuala Lumpur.
Masa awal- awal pindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2021 masih belum kenal jiran dan negara kita masih ada covid19. Tak berpeluang untuk buat OPEN HOUSE.
Jadi 2022 kak Tipah buat sikit sahaja, jemput kawan2 sekolah yang berada di sekitar kuala Lumpur.
RAYA OPEN HOUSE 2023 , alhamdulillah kak tipah buat sehabis baik. InsyaAllah. Jom kak tipah kongsi sedikit pengalaman.
Persediaan menjadi Tuan Rumah OPEN HOUSE RAYA 2023.
1. Senaraikan siapa tetamu yang bakal dijemput. Jiran kita, kawan2 atau keluarga.
Dan pastikan golongan atau tahap umur jugak. Untuk pastikan menu masakan. Adakah Orang tua, dewasa, kanak- kanak.
Baru nie kak tipah jemput jiran depan rumah satu level. Dari 10 buah rumah, 3 keluarga yang datang , alhamdulillah. Yang lain ada kekangan memasing.
Dan kak tipah jemput kawan- kawan sekolah yang tinggal sekitar KL. Alhamdulillah dari shah Alam, ukey Perdana. Jemput ramai, yang dapat datang 2 keluarga.
Last kak tipah jemput ahli keluarga yang terdekat. 2 buah keluarga juga dapat datang.
2. Senaraikan menu dan bajet. Bila kita buat OPEN HOUSE , sudah tentu kita masak mengikut bilangan jemputan kita.
Kalau jemput sikit, masak sikit. Jemput ramai, masak banyak. Kalau bajet sikit pilih menu yang sesuai dengan bajet kita.
Menu biar sesuai untuk semua. Sebagai contoh Nasi putih biarlah ada lauk yang sesuai untuk dewasa dan kanak- kanak.
Kak Tipah sediakan Rendang ayam yang boleh dimakan bersama Nasi & ketupat palas. Sambal udang dan sayur.
Menu tambahan macam nugget, selalunya kegemaran anak anak kecil. Kuih muih dan sedikit pencuci mulut.
Sediakan mengikut jemputan dan bajet kita.
3. Masak lebih awal dan set kan masa untuk tetamu datang .
Macam Kak tipah akan sediakan masakan yang boleh masak awal, kak tipah dah siap awal.
Sebagai contoh sambal udang tadi kan, so kak tipah dah buat sambal sesiap malam tu, so pagi esok tu, just add on udang. Begitu juga Rendang. Kuah Laksa, Rebus ketupat dan sebagainya .
So pagi Hari Open House Just masak benda yang segera sahaja lah seperti masak Nasi.
Dari situ kita boleh set kan masa untuk tetamu datang. Dan jemput tetamu secara bergilir bagi yang ruang rumah kecil seperti kak tipah.
Jadi, untuk sesi pertama kak tipah jemput jiran2 terlebih dahulu, dalam jam 11 pagi macam tu.
Jam 2 jemput kawan- kawan datang. Dan sebelah petang sesi bersama keluarga.
Ini untuk ruang rumah yang kecil seperti kuartes macam rumah kak tipah.
Alhamdulillah, setiap sesi berjalan dengan lancar. Kalau tetamu tak datang ikut sesi takde masalah, jemput masuk dan hidangkan macam biasa.π
4. Sediakan ruang makan yang sesuai dan susunan yang strategik.
Ruang yang selesa dan mudah tetamu untuk ambil makanan dan duduk makan.
Dari segi susunan ikot kretiviti sendiri. Susu pinggan, Nasi, kemudian lauk pauk, dan hujung sekali air, supaya mudah tetamu nak ambil.
Menu tambahan letak tepi . Jangan pulak pinggan letak sebelah hujung kanan meja, nasi hujung kiri meja. Kan dah serabut, susahkan tetamu. Mood tetamu boleh stress taw. Hihi.
Kuih muih kerepek atau makanan ringan lain boleh letak di sudut lain, nanti sambil borak boleh mengunyah. Kan orang Malaysia suka sangat menyembang sambil mengunyah. Kita meraikan tetamu. Begitulah.
5. Sediakan Tong/ Plastik sampah. Bagi mengelak tetamu tercari- cari dimana nak membuang sampah.
Seperti pinggan cawan pakai buang, kulit kuih, dan sebagainya.
6. Sediakan air cuci tangan & tisu. Ini memudahkan tetamu.
Sebelum dan selepas makan untuk cuci tangan yang tak guna sudu garpu. Tetapi kebanhakan menu Open House di negara kita, mengguna kan tangan lebih mudah kann.
Dan tisu untuk lap tangan dan mulut tetamu. Sangat membantu dan memudahkan tetamu.
7. Bawa keluar makanan sedikit terlebih dahulu. Letak makanan dalam bekas kecil. Supaya tak membazir.
Secara psikologi, bila kita tengok makanan sedikit kita akan ambil sedikit kan, dan bila nampak makanan banyak, kita akan ambil banyak.
Hal ini untuk mengelak dari membazir. Dan kita letak makanan dalam kuantiti mengikut tetamu ketika itu.
8. Sediakan Makanan tambahan seandainya makanan yang dimasak habis.
Antara makanan tambahan seperti Mee goreng, bihun goreng yang boleh dimasak segera. Sekiranya menu utama dah hampir habis.
Sebagai Tuan Rumah kena alert hal ini. Demi menjaga hati tetamu. Yerlah jemput tetamu tetapi makanan dah habis. Tak bestt kan.
9. Sediakan mainan atau ruang bermain untuk anak- anak.
Bukan wajib tetapi sebagai tuan Rumah kita sebaiknya sediakan untuk memudahkan tetamu, mak ayah menjamu selera.
Fitrah anak- anak setiap masa bermain. InsyaAllah kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
10. Ucapkan Terima Kasih kerana sudi bertandang RAYA OPEN HOUSE rumah kita, mintak maaf andai terkurang dari segi layanan atau makanan.
11. Redha jika ada tetamu yang last minute tidak dapat hadir.
Alhamdulillah, Sedikit pengalaman Kak Tipah buat OPEN HOUSE.
Banyak kekurangan dan banyak yang perlu dibaiki. Setiap manusia tak lari dari kesilapan. Dan kita belajar dari kesilapan itu.
InsyaAllah, next kita buat lebih baik. Jom tengok jugak sahabat kak tipah kongsi Adab Ke Open House .
Oh ya! Nak tahu Untuk kekal bertenaga dan cergas, tak lemau sebelum, semasa dan selepas buat OPEN HOUSE?
Kak Tipah amek ESP & PD senagai Energy Boosters dan Milk Booster juga.

Ya lahh, nak sediakan semua dalam masa yang sama memyusukan anak kecil. Dan di musim cuaca agak panas.
ESP & PEFORMANCE DRINK menjadi teman setia.

Ambil VitaminC sebagai Imun Booster. Kuat antibodi bila bertemu orang ramai.

Alhamdulillah, bulan nie jugak 3item nie ada Promo Best. Save banyak.

Whatsapp kak tipah ya untuk sebarang pertanyaaan.
πBoleh order sekarang }
wasap.my/+60169607699/NaksetRahmahDariBlog.
πAtau shopping sendiri di sini }
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1172182
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeKL
#Shakleereadystock
Comments
Post a Comment