10 Tips Travel by Flight Ibu bersama anak.

Published from Blogger Prime Android Apptengok jugak 





"Boleh ka hang balik dengan anak- anak ja, apa- apa jadi macam mana? Tak risau ke?"


Ini lah ayat seorang Mak sedara kak tipah . Soalnya boleh ke?  Ishhhh dia pulak yang risau, kita yang nak balik dia yang risau. Hehehe. 

Published from Blogger Prime Android App

Abang umur 5tahun Adik setahun 5bulan. 



Kisahnya January 2020 yang lepas  Kak Tipah bersama 2 orang anak naik kapal terbang seorang diri, kiranya kami bertiga jew lah. Tidak bersama suami seperti selalu sebab suami bekerja di laut. 


InsyaAllah, Allah akan mudahkan!



Itu jew dalam hati kak Tipah. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, pergi dan balik Tawau - Kuala Lumpur. Walaupun flight cuma 3 jam  dan lebih kurang 3 jam jugak di airport sebelum berlepas. InsyaAllah ini Tip Travel Solo dengan anak kecil  yang Kak Tipah nak kongsikan:


1. SET MINDA ANAK-ANAK TENTANG PERJALANAN & PLAN PERJALANAN

Bila dah beli tiket flight ,  Kak Tipah  terus bagitaw  anak-anak, set kan dalam mind mereka. 

🛫Mereka tak perlu bawa beg galas masing masing. Sebab biasanya mereka bawa beg sendiri isi mainan & buku mereka. Sebab nak kurangkan hand luggage, saya hanya pegang 1 handbeg & 1 beg pakaian sepersalinan, makanan, air serta pampers anak-anak. 

🛫Kak Tipah  terangkan yang ayah mereka tak dapat sama sama dalam flight. Jadi Kak Tipah minta  anak Sulong behave dan jaga adik dia. 

🛫Kak Tipah  hadkan mereka boleh bawa 1 kereta mainan sahaja, dan beberapa buah buku cerita nipis dalam beg . (untuk kurangkan beban hand luggage saya tambahan saya perlu dukung baby 2 tahun  lagi) 

2. CHECK LAMPIN DAN PASTIKAN ANAK SELESA  SEBELUM TRAVEL. 

Sampai sahaja ke airport, saya terus mencari bilik air untuk siapkan anak-anak. Sebab sebelumnya kami berada dalam kereta 1 jam perjalanan jauh dari rumah sampai Ke Airport Tawau. Itu pun dah cukup buat anak-anak berpeluh & kurang selesa. 

Ahha masa ni macam mana nak ke toilet dengan baby &  anak. Memang doa & tawakkal tinggi. Saya tanya si abang sulong dulu, jom pergi toilet sesiap. Dan salin pempers baby sesiap kat dalam toilet.  Dah segar baru selesa dalam flight nanti. 

Ada perkara lucu masa Travel dari Tawau ke KL tu. Time tu saya yang nak buang air kecil, so bawa masuk 2 orang anak sekali dalam tu. Ya lah tak kan nak tinggal di luar, nak minta tolong orang tak kenal. 


Nak dijadikan cerita, masa tengah dalam toilet, si abang main pintu toilet, manakala si adik main paip air. Korang rasa? Hahah kelam kabut saya. Nasib tak basah lencun. Hihi


Masa Travel dari KL ke Tawau, ditakdirkan masa saya nak masuk toilet, terjumpa dengan jiran. Alhamdulillah, mintak dia lah tengokkan si abang tu, bawa si adik jew. Sebab time tu, si baby tak nak dengan orang tak kenal. Syukurlah si abang nak duduk dengan dorang. Alhamdulillah Allah mudahkan Travel. Rasa lega sikit.

Published from Blogger Prime Android App 


3. PASTIKAN ANAK SENTIASA  KENYANG MASA TRAVEL

Lepas anak-anak selesa saya bawa mereka makan. Order dan terus makan sampai habis dan make sure mereka kenyang. Baby  menyusu dan dia makan apa jew yang kami makan. Senang. 

Pastikan duit dah bawa cukup cukup dalam purse, tak perlulah nak ke mesin ATM pula dengan anak-anak. Jenuh bersilat pulak nanti kat mesin ATM. 


Alhamdulillah . Bab makan Allah mudahkan. Dan saya ibu menyusu akan pastikan amek set menyusu untuk kekal bertenaga dan susu tetap meriah. 


4. DOA DOA MINTA PADA ALLAH, TAWAKKAL 

Ni antara yang paling penting sebelum keluar rumah dah doa banyak kali minta Allah permudahkan urusan bersama anak-anak sepanjang perjalanan. Dapat kawal dan anak-anak behave dengan baik. Tak meragam teruk teruk. 

Dan kita sebenarnya kena yakin penuh yang anak-anak akan jadi baik dan mudah urus. 

5. BERTANYA UNTUK KE TOILET 

Untuk anak-anak yang pakai lampin tak apa. Mudah dah. Cuma untuk yang besar saya akan pastikan anak ke toilet sekali lagi, sebelum masuk. 
Ni untuk pastikan anak tak minta ke toilet semasa dalam flight. 

Yang baby dan anak kedua saya pesan supaya tak poop semasa di airport & dlm flight.  Minta mereka buat sedemikian bila sampai ke KLIA airport dan lagi bagus bila sampai ke rumah. 

Baby pun saya pesan & dalam hati doa moga baby tak poop dalam flight. Untuk mengelakkan kelam kabut nanti. Biasakan kita mak mak ni mesti bercakap2 terdetik dalam hati tu kan? Haa tu lah jadi doa. Jadi kita cakap & doa anak tak poop dalam flight. Allah Maha Mendengar kan. Walaupun nampak benda remeh dan kecil kan, tapi bab ni pun kita kena minta kat Allah. 



Published from Blogger Prime Android App
5. SEBELUM MASUK BOARDING AREA

Selepas masuk boarding area tak perlu menyusukan baby atau tidurkan anak-anak. Alihkan perhatian mereka untuk ajak mereka bermain atau jalan - jalan , lihat sekeliling kawasan airport. Biarkan mereka main dan penat supaya nanti mudah tidur di dalam flight. 

Check in 3jam sebelum berlepas, Jadi kami ada banyak masa terluang. Saya beri anak-anak bermain kereta di lantai luas, berlari - lari & melihat aksi anak-anak kecil bersebelahan kerusi kami. Seronok mereka bebas berlari dalam pandangan saya, memang saya hadkan kawasan berdekatan saya supaya mudah nampak mereka dan sengaja pilih tempat duduk lapang yang tak bersesak dengan kerusi & orang ramai. Baby pula saya berikan mainan rattle & teether.


Published from Blogger Prime Android App 

6. MASUK AKHIR KE DALAM PESAWAT

Jika boleh lewatkan masa untuk menaiki pesawat, jadi orang yang agak akhir menaiki pesawat. Ini adalah bagi mengelakkan anak menunggu lama semasa penumpang lain masuk. 

Anak mesti kurang selesa tengok ramai orang mencari tempat duduk, sibuk menyimpan barang dan bersembang. 

Macam haritu saya dan anak-anak perlu menaiki tangga pesawat & kami memang sengaja biar penumpang lain berasak asak dahulu. Bila dah lengang baru kami mula beratur untuk memasuki
 pesawat. 

7. AIR COND

Perkara pertama lepas pastikan anak-anak duduk selesa, laraskan penghawa dingin yang sesuai. Biasanya penumpang sebelumnya tutup, jadi kena ingat nanti anak meragam pula sebab panas. 

8. TAKE OFF & LANDING

Biasanya baby akan menangis kerana tekanan yang dirasai dalam gegendang telinga dan persekitaran asing. Untuk baby saya terus menyusukan sebaik sahaja pesawat mula bergerak. Anak-anak lain saya lekakan dengan ajak membaca doa bersama-sama, ajak mereka selak buku. 


Published from Blogger Prime Android App

9. DUKUNG BABY DALAM PESAWAT

Jangan segan untuk dukung baby dan berjalan jalan untuk menenteramkan baby. Cuma pastikan selepas take off. 

Saya kurang selesa untuk berjalan - jalan tambahan ada 2 orang anak lagi yang nak saya ada bersebelahan mereka. (kalau saya berjalan dodoikan baby mahu lagi sorang anak pun ikut berjalan sekali hihi) 


Tadi kan dah letih main, jadi target memang untuk anak-anak tidur masa Travel, Alhamdulillah lena lah mereka termasuk ibu. 

Anak Sulong dah biasa Travel naik flight selalu. So dia dah tahu apa yang patut buat dan tak patut buat. Walaupun dia baru berumur 5tahun. TERIMA KASIH ABANG AMIN. 


Published from Blogger Prime Android App


10. IBU SABAR IBU SENYUM  MASA TRAVEL

Memandangkan saya seorang saja yang akan handle anak-anak, ni paling penting kita kena sentiasa keep be positif, senyum dan cuba banyakkan sabar. Jangan sesekali naik marah, sebab ia akan memberi kesan pada emosi anak juga. So keep on smiling, cuba happy dengan anak-anak. Sentiasa ulang ulang kata nasihat sepanjang perjalanan pada anak-anak. 

Alhamdulillah! 

Allah izin semuanya berjalan lancar dan mudah. 

Doalah pada Allah sebanyaknya. ❤️

Terima kasih anak anak sayang.



Selamat Travel luaskan pandangan dan dipermudahkan semuanya. Boleh tengok jugak Tip Travel dari sahabat kak Tipah nie. 

Salam Sayang 
Latifah Khairunnisa
ShakleeLover


#blogmegashaklee 

#shakleethrive2023

 #shakleetriumph2023

#ShakleeKL

#JanaIncome2023

#BantuanRaya








Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Vitamin E

Vitamin Untuk Wanita

Ikhtiar Hamil dengan Coqtrol Plus .